About Me

Blog Owner-Hasmiza Binti Abd Hamid (019-492 5691 (Tel & sms) @ whatsapp 017-448 3573.

Assalamualaikum. Hi, saya bernama Hasmiza Binti Abd Hamid, seorang 'Online Marketer' dan Pengedar barangan Penapis Air jenama Cuckoo. Saya gembira sekali sekiranya dapat bertemu dengan anda semua di mana jua anda berada. 

Blog saya ini bertujuan untuk memberi maklumat yang berguna kepada tuan-tuan dan puan-puan seperti informasi mengenai barangan Penapis Air Jenama Cuckoo ini supaya boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan untuk membeli sesebuah Penapis Air khususnya untuk keluaran daripada jenama Cuckoo. Suatu jenama yang terbaik di Korea Selatan.

Sedikit maklumat mengenai diri saya. Saya dilahirkan di Perlis tetapi dibesarkan di Kuala Kedah. Sekarang tinggal di Taman Saga, Alor Setar, Kedah.

Saya percaya bahawa kaedah pemasaran dengan memberi maklumat yang cukup berguna dapat menolong dan mendidik kepada bakal pembeli-pembeli supaya sentiasa berpuas hati dengan produk-produk keluaran daripada Cuckoo ini.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat terbaru samada berbentuk arkitel, informasi mengenai produk atau sesuatu yang menarik yang boleh dikongsi bersama, maka saya akan 'update' samada di dalam Blog ini atau di dalam bentuk 'newsletters' apabila tiba masanya.

Akhir sekali harapan saya agar informasi-informasi yang diberikan di dalam Blog ini dapat memenuhi kehendak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan maaf jua dipinta. Tetapi saya tetap berazam untuk memberikan sesuatu yang terbaik dan telus semampu yang saya boleh di dalam Blog ini. sekian, terima kasih.